Monday, March 26, 2012
i want tell you something
yeahhh , itulah topik untuk hari ini punya entri yaw >.< u all rasa my boyfriend rase kaget tak lihat topik di atas tu or dia akan kena serangan sakit perut yang menggelikan ? haha , biar padan muka dea . u all rase apa yang saya hendak memberitahu si dea ? cuba teka apa ? tak tahu kan . oke tak mengapa , biar saya bagitahu ---> actually , saya nak bagi tahu yang saya sangat menyayangi dirinya sepenuh hati dan mencintainya setulus hati saya . saya bercakap benar , oke . u all nak tahu something special tak ? kalau tak nak sudah , pergi sana terjun sungai , biar mati . oke , untuk yang nak mengetahui , let me tell you <--- semenjak "dia" hadir dalam hidup saya , saya berasa amat bertuah , gembira , dan bahagia yang tidak pernah saya kecapi salama ini . " dia" umpama bunga yang mekar di hati saya , ermmm , eh wait2 lagi satu "dia" ini umpama badut saya juga , suka buat saya ketawa mengilaa , mengilaii yang tak ubah seperti pontianak , dan macam2 meng2 lagi lah . "dia" merupakan lelaki yang paling sporting yang pernah saya kenal sebelum ini . "dia" merupakan senior saya semasa dia di alam persekolahan , dan sekarang dia telah menjadi junior di alam pekerjaan . hahaha , padan muka dea >.< kami mempunyai banyak persamaan =) macam tiada yang kurang kan , actually ada yang kurang lagi ^o^ tapi yang penting kami tidak pernah bergaduh untuk perkara yang remeh-temeh , kami cuma akan berperang sekiranya saya atau dia tidak setia dan selain daripada itu .
setiap kali saya berada disampingnya , saya dapat rasa kehangatan hembusannya , saya rasa aman dan damai bila diperlakukan seperti itu . saya tidak rasa ingin pulang bila sudah berada disampingnya . namun , apakah daya saya hanya perempuan yang masih dibawah umur dan masih tinggal bersama keluarga , saya terpaksa melepaskan leraian tangan saya . saya dan dia membina harapan & impian yang sama , iaitu untuk hidup bersama dan mengejar kebahagiaan yang masih bersisa >.< saya mengharap agar dia tidak melupakan & memusnahkan harapan yang kami bina itu . saya mahukan dia tahu yang dia akan tetap menjadi milik saya walau apa jua yang berlaku , hanya dia yang ingin saya miliki , yaaa , you , you , MR . IZZUDDIN nama yang tidak pernah padam dalam ingatan . awak insan yang istimewa bagi saya <3
walaupun , kami pernah gagal dalam perhubungan yang dulu , itu tidak bermakna kami masih tidak boleh bersama , ada hikmah di sebalik apa yang berlaku . pada masa itu , perpisahan sudah tidak memberi makna apa2 bagi saya . tapi lama - kelamaan baru saya sedar yang saya memang bodo kerana tinggalkan insan yang benar - benar menyayangi diri saya . saya menyesal kerana putuskan hubungan ini , kerana perkara yang kecil saja . dari situ , kami dapat mempelajari sesuatu yang benar luar biasa iaitu " SABAR " . kini , kami bersama kembali untuk memperbaiki kesilapan yang lalu . kesalahan yang tidak pernah saya lupa . syukurlah kerana dia masih mahu menerima saya lagi . saya rasa ini lah masa untuk saya memperbaiki semua kesalahan yang telah saya lakukan untuk dia . cukuplah sekali saya membuat dia menangis kerana saya . so dumb kan saya time tu .
saya hanyalah insan yang lemah ,dan yang masih belum sempurna . dia pula sudi memaafkan diri ini . terima kasih diucapkan kepada mr.izzuddin . lembaran baru , muka baru ini kami mengharapkan sesuatu kelainan , perbezaan , dan keunikan daripada sebelum ini . semoga impian dan angan - angan kami akan tercapai . semoga saya dijauhi dari melakukan perkara-perkara yang buruk .
huuuuuaaaaa , saya bahagia sangat sekarang ini , dan moga berkekalan sehingga akhir hayatku .
ya allah , ya tuhan ku , engkau lindungilah dan jaga lah dia untuk ku , kerana dia KEKASIH HATIKU yang setia menunggu diriku . aminn .
terima kasih sekali lagi , kerana sanggup setia kepada saya walaupun saya tak pernah menghargainya , tapi sekarang saya lebih menghargai dan lebih menghormati dirimu , sayang . walaupun awak tidak sempurna bagi mereka yang menilai awak , tapi bagi saya awak adalah sempurna . saya akan melengkapi hidup awak .
sekian ,,


